Tentang Kami
Wisajuta Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah agensi pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kami komited membantu rakyat Malaysia menjelajah dunia dengan tenang, yakin dan terurus, sama ada ke destinasi ikonik seperti Balkan, Switzerland, Turkiye, atau untuk menunaikan Umrah dengan keselesaan sepenuhnya.
Kami percaya bahawa percutian yang baik bermula daripada perancangan yang rapi. Sebab itu setiap pakej Wisajuta disusun oleh pasukan berpengalaman agar anda tidak perlu risau tentang apa-apa. Dari penginapan, jadual lawatan, hinggalah pemilihan makanan halal, semuanya telah dirancang untuk memastikan anda menikmati pengalaman tanpa gangguan.
Setiap destinasi dalam pakej percutian yang kami tawarkan telah dipilih dengan teliti agar memenuhi keperluan pelancong Muslim tempatan. Tour leader kami bukan sekadar pengiring perjalanan, tetapi rakan yang sentiasa membantu, memastikan setiap detik perjalanan berjalan lancar dan menyeronokkan.
Kami di Wisajuta Travel percaya bahawa setiap pelanggan bukan sekadar membeli pakej percutian, tetapi mereka mahukan sebuah pengalaman percutian paling berharga dalam hidup mereka. Sebab itulah, setiap urusan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan. Dari perancangan awal hingga hari anda pulang, kami mahu anda benar-benar menikmati setiap langkah tanpa risau.
Dengan pengalaman industri, jaringan antarabangsa dan reputasi yang kukuh, kami terus berusaha menjadi agensi pelancongan Muslim pilihan utama di Malaysia. Bagi kami, kejayaan sebenar ialah apabila anda pulang dengan senyuman dan cerita yang ingin dikongsi.
Falsafah Kami
Di Wisajuta Travel, kami percaya setiap perjalanan mempunyai tujuan dan makna tersendiri. Ada yang mencari ketenangan selepas penat bekerja, ada yang ingin menggembirakan keluarga, dan ada juga yang ingin menunaikan impian melihat dunia dengan mata sendiri.
Bagi kami, pengalaman melancong bukan sekadar mengunjungi destinasi baharu, tetapi tentang bagaimana perjalanan itu membuat seseorang merasa… rasa kagum, tenang dan bersyukur melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Setiap pakej yang kami tawarkan dirancang dengan teliti agar pelanggan dapat menikmati keseimbangan antara aktiviti, rehat dan refleksi diri. Kami mahu setiap pelanggan berasa terurus, selesa dan dihargai sepanjang perjalanan.
Falsafah kami mudah: setiap percutian perlu membawa makna, bukan sekadar kenangan sementara.
Sebab itu, kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang bukan hanya indah di mata, tetapi kekal dalam hati. Pengalaman yang menjadikan setiap pelanggan ingin kembali mengembara bersama Wisajuta Travel.
